Recap!

IMG_7415

So macam yang ai shoutkan dalam s/post Astro, i pergilah event nih, Pastu just 2 days before the event, aku rasa macam emm..nak all out sket. Coz probably itu event terakhir wajib hadhir sebelum delivery. Rasanyalah, tak sure lagi coz ada lagi 2 more months kan.

N since semua accessories aku dah packed and simpan kat mana pun aku tak tau, malas ler nak suh RD panjat amikkan, i went to Eclipse to buy all these. Silver je sume ko…

Lepas pakai, pack balik n kalau nak menyarung balik memang kompem gagau gak nak mencapai.

IMG_5248

This pair of flat boots, takde heels tau, memang saja beli coz not just kalernya merah but kerna selamat dipakai waktu mengandung. Purposely bought for my event, merasa gak pakai waktu mengandung nih, aku sebat nih waktu di Bondi Beach, Sydney

tapi nak menyarungkannya, Gegirl and si bapaknya kena sarungkan ahhahha. ai dah tak boleh nak bend down ler yang oi. Boleh gak pakai for travelling….pendek kata jangan dipakai waktu pergi kerja jer ler. Buang tebiat le namanya kan!

IMG_7419

Nah the goodies from Astro IPTV!

Korang nih dok bising nak ikut pergi event tapi tak nak join the contest or arahan dari s/posts yang aku bagikan tuh. Pastu bila aku twit, dok bising camne nak dptkan slot, tu lah, ko baca RM hari2 tapi tak nak jugak participate, kat Nuffnang’s blog pun ada je macam2 events yang korang leh join, nak rajin ngan tidak jer….

Coming soon is Nuffnang Asia Pacific Blog Awards 2011, nak hadhir?

Kalau nak…. participate kat sini, read it and ikut arahan, insyallah mana tau ada rezeki korang. Tak usaha tak mendapatlah, janganlah harapkan benda datang gitu je kat pintu blog ko, rerajin sket join.

If not, mananya dari RM90 melonjak ke RM30ribu!

Categories : Astro

Advertise here!
With more than 170K unique visits per month!!!

Tiada Aedes Tiada Denggi!!!

48hours sponsored post.

 

Baru-baru ini Kementerian Kesihatan Malaysia mengeluarkan kenyataan akhbar tentang statistik kes denggi di negara kita Malaysia. Tahukah korang pada tahun 2011 sahaja iaitu sehingga 1 Oktober sudah lebih 14 ribu kes demam denggi dilaporkan termasuklah 23 kematian. Empat belas ribu tu!!! Malahan pada minggu ke 39 tahun 2011 iaitu bagi tempoh 25 September sehingga 1 Oktober sahaja melibatkan 324 kes termasuk 1 kematian akibat denggi.

And even my brother in law sendiri menjadi sebahagian dari statistic di atas kerana pernah dimasukkan ke hospital akibat demam denggi, tapi Alhamdulillah dia pulih selepas beberapa hari dirawat secara rapi di wad.

Nampaknya tahap kesedaran tentang bahayanya denggi masih rendah dikalangan masyarakat kita walaupun pelbagai usaha kerajaan khususnya dari Kementerian Kesihatan Malaysia lakukan untuk mengingatkan kita.

So apa itu denggi?

Demam Denggi ialah sejenis penyakit yang disebabkan oleh jangkitan virus Denggi yang disebar oleh nyamuk Aedes betina. Cara penyebarannya ialah melalui gigitan nyamuk aedes orang yang berpenyakit virus denggi kepada orang yang sihat.

Tanda-tanda ataupun symptom  demam denggi pula ialah

  1. Bermula dengan demam mengejut, dengan sakit kepala teruk.
  2. Sakit di belakang bebola mata, sakit sendi dan otot (myalgias dan arthralgias, sakit pinggang yang teruk menyebabkan ia juga digelar demam tulang-pecah – break-bone fever).
  3. Gatal-gatal.
  4. Bintik-bintik merah terang, dan biasanya muncul di anggota bahagian bawah.
  5. Sakit perut, mual, muntah atau cirit-cirit.

So jika korang ataupun sesapa sahaja yang mempunyai gejala-gejala seperti di atas, dinasihatkan segera ke klinik berjumpa doctor ya. Jangan dok ingat demam-demam biasa pulak!

 

Walaupun pelbagai usaha telah dilakukan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia mengingatkan kita semua tentang bahayanya denggi, namun ada yang aku rasa endah tak endah jer, masuk telinga kanan keluar telinga kiri macam tak ambil kisah pun. Betul tak?

Secara umumnya cara untuk mencegah denggi adalah menghapuskan nyamuk Aedes pembawa kuman Denggi itu. Nyamuk aedes ini membiak di kawasan takungan air seperti contoh di pasu-pasu bunga korang tu. Amalkan sikap untuk membersihkan takungan air tersebut , kalau boleh setiap hari dok check takungan air tu, bukan sahaja pasu bunga tapi apa sahaja jenis takungan air kat rumah korang tu, even kolah kat dalam bilik air tu pun sekali patut dibersihkan selalu kerana tabiat ini berkesan bagi mengawal pembiakan nyamuk Aedes yang dikenali sebagai larva nyamuk aka jentik-jentik.

Juga disyorkan menggunakan ubat jentik-jentik (Abate) in order untuk menghapuskan jentik-jentik dan juga semburan (fogging) juga dapat membantu menghapuskan pembiakan nyamuk ini.

Last but not least penggunaan kelambu juga dapat membantu mengelakkan dari kena gigitan nakal nyamuk betina Aedes ni :) Mula-mula kahwin jer tidur bisik-bisik dalam kelambu ni kot hiks :) lagipun dalam kelambu kena gigitan nakal yang lain hahahaha…

So ingat Hapuskan Aedes adalah tanggungjawab kita semua! Amalkan hidup sihat Tanpa Denggi!

Khidmat pesanan masyarakat Denggi is brought by Redmummy.com

Categories : Ads, Ministry of Health, Nuffnang

Hokey Wokey!

bukan tak update

tapi dok leka kat twitter

ada update but publishing on the weekdays

ai kan mengandung uuuuu, pemalas pulak nak letak cerita over the weekend.

Tapi sebab asyik kena sound je korang nih suh update ba, hokey wokey pun jadikler :)

Categories : RedMummy

Mimpi semata…?

 

image

 

Ramai bagi pendapat cerita mereka untuk status tuh, boleh hangpa baca kat sini yek. Panjang lebarlah pulak kalau aku print screen letak semua kat sini.

Actually banyak cerita dalam komen memasing letak tu menyeramkan bila dibaca, but tulah kenyataannya. Tak nak lah aku sebut, korang leh baca sendiri but korang gak leh berkongsi cerita if ada similar to my story nih. Inipun saya hanya bermimpi, semoga segalanya selamat dan dipermudahkan.

Just to share it with korang jer, and tup tup ramai jugak yang berkongsi cerita kisah mereka apabila ada benar ‘baby dalam perut dilarikan orang bunian’ wallahualam.

I tak pikir so much pun, but sementelah benda ni benar2 terjadi, wpun gynae aku insist ngaku tak pernah dengar the story at all, mbe saje tak nak bagi aku runsing kot…aaa takut takut.

Semalam jumpa red baby, masa scan tuh leh nampak mata dia pejam celik pejam celik, eyelid dia pun nampak ahakss!

Categories : 3rd Trimester, Pregnancy

Oh my London!

48hours sponsored post.

image

Aku dari dulu, sejak zaman-zaman sekolah sampai sekarang ni memang hantu novel. Tu antara koleksi novel aku yang masih ada, aku rasa koleksi tu aku beli semenjak duduk VA ni. Novel-novel lain sebelum ni rasanya dah lanting-lanting kat orang. Ada juga antara novel-novel tu yang belum sempat aku khatamkan. Maklumlah masa belum mengizinkan :(

image

Tapi baru-baru ni aku berkesempatan beli lagi 2 buah buku. Judul buku tu ialah Oh London untuk aku dan Jihan Yang Solehah untuk gegirl. Baca buku Oh London ni menyebabkan aku terkenang-kenang pulak kembali masa kitorang pergi makan angin kat sana tahun lepas. Seronok jer baca pengalaman penulis buku ini jalan-jalan makan angin melawat ke serata tempat-tempat menarik di sekitar kota London tu. Sampai ke Leicester City depa pergi. Selamba pulak tu pergi berdua jer dengan anak perempuan dia yang still sekolah rendah. Agak-agak kalo aku pergi London dengan Gegril dua orang jer RD bagi tak? Barulah best shoppinggggg :)

Sambil-sambil baca tu aku cerita la sikit-sikit kat Abang pasal buku tu dan pasal London gak. Macam-mcam la dia tanya

“Best ke London tu?” “Ada apa kat sana”

Nanti Abang baca sendiri la buku ni.

image

Tup-tup elok aku berenti baca, terus dia sambar baca.

Buku Gegirl tu pulak cerita-cerita tauladan putera-puteri raja. Seronok la dia baca sampaikan Abang dia nak pinjam langung tak dibaginya hiks. Rupa-rupanya buku PTS yang Gegirl baca tu ade Peraduan Bongkar Kod Rahsia!

image

Antara hadiah-hadiah untuk Peraduan Bongkar Kod Rahsia ni ialah iPad 2, Samsung Galaxy Ace, iPod Touch, MP3 Player disamping merchandise dari PTS dan of cos buku-buku dari PTS. Waa baca buku pun boleh menang iPad :)

Peraduan Bongkar Kod Rahsia bermula dari 1 October sehingga 23 December 2011.

Nak tau macamana nak masuk peraduan ni?

Mana boleh bagitau… rahsia la hiks :P

 

Ha aku mana la ade rahsia-rahsia dengan korang kan.

OK senang jer cara dia. Pertamanya kena la dapatkan buku dari PTS ni. Pergi kat sini then klik kat no 1 tu nanti dia akan listkan buku-buku yang mempunyai Kod Rahsia. Kemudian Login dan Bongkar la Kod Rahsia tu. Nak Bongkar Kod Rahsia tu tak boleh la aku bagitau, tak rahsia la jadinya kalo aku bagitau. Tak gitu :)

So kalo korang kaki baca buku-buku cerita plus nak adventure sket membongkar rahsia dan teringin pulak nak iPad, boleh la cuba-cuba nasib Bongkar Kod Rahsia PTS ni. Tak dapat iPad, dapat iPod pun jadiklah :)

Good luck korang!

Khidmat pesanan masyarakat PTS  Peraduan Bongkar Kod Rahsia is brought by Redmummy.com

 

Categories : Ads, Nuffnang, PTS

Sejarah 23rd October…

IMG-20111023-00023

 

pelik tak pakai Baskin Robbin’s cake je as abang’s birthday cake?

aaa itulah terjadinya dek kerna si adiknya kena chicken pox. We were supposed to be away over the weekend and nak jadikan cerita aku dah pponed the hotel stay ni 3 ke 4 kali!

Dari sebelum puasa ke raya, raya ke abis raya, dah masuk raya Deepavali pun asyik pponed jer. Alkisah semua yang pponed tu coz conflict clash ngan events aku, tak leh nak buat apa kena gak dibatalkan and bila dah ok just nice jer nak pergi masa birthday Abang, adiknya pulak hai kena chicken pox.

so sebabkan pponed lagi untuk last minute, makanya kek pun takdak. coz supposedly kita nak suh hotel sediakan kek untuk abang but dah cancel, ha gagau le carik kek.

Budak ni pulak nak kek ada badminton’s illustration segala, mana nak cekau. 3,4 orang owner keks aku contact, last minute tak dpt nak buat..plain kek je boleh.

So bapaknya bawak pergi Baskin Robbins and beli je kek apa yang ko nak…

IMG-20111023-00026

Tapi abang ni hampehs, dia tak makan pun kek aiskrim tuh, kitorg je kendurikan beramai2. Celebrate kat umah mak aku jer, buat small mini kenduri coz adiknya kan baru lagi sangat lam chicken pox. Itupun RD punya idea lagi hampeh, angkut je Gegirl pergi hotel, amboi ko Sirman, nak suh orang hotel halau anak ko, dahlah baru je naik pox nya, mau orang lari coz kang berjangkit2.

lagipun takkan nak biarkan je Abangnya have the fun kat hotel, adiknya melopong tengok. takper ler kita ppone kan je selagi hotel tu tak bosan nak re-book booking aku.

IMG-20111023-00016

Sian gegirl berselubung hahahahaah, tiap kali dia kuor umah pi klinik ke hapa, dia akan pakai shawl gitu ler, malu ko, coz rambutnya pun putih gak bapaknya sapukan ngan lotion tuh. But la ni dia dah pakai baju2 sejuk aku yang ada hood, so ada style le sket.

N pagi birthday Abang pulak, plannya lagik aku dah janji ngan mak kawan dia nak bawak abang pergi The Curve coz kawan baikknya yg dulu tu dah lama pindah sekolah. Kononnya ler. Sekali aku punya penyakit pemalas nak kuor datang, hoh kang kalo kuor nak suh family aku jaga Gegirl pulak, eh abaikan ler.

So kita tukar plan, bapaknya bawak dia pergi KLCC, depa the boys jer pergi. Aku bagi dia RM50, beli le ko nya transformers yang ko nakkan sangat tuh. Bapaknya pun bagi RM50, ha dapat 2 bijik itupun hutang bapaknya RM20, short terlebih sampai RM120. ahahhaha bapaknya tuntut, so dia contra dengan buat kerja rumah double triple. Rajin ko kan bang dapat transformers terus buat keje umah tak berkira.

But tu lah, hari birthday dia, satu hapa kerja dia tak nak buat, buang sampah tak nak, siram pokok bunga tak nak, coz katanya hari ni abang cutilah, hari ni kan birthday abang.

Maka si bapaklah mengtakeover. N kalaupun abangnya dapat adiah birthday, adiknya pun dapat gak, mintak Baby Alive lagik, versi splash2 ke hapa tak tau le aku si RD siap anto gambar to confirm betul ke dia nak yg tu coz dah dok umah, kejenya menggoogle jer ler toys untuk orang sakit.

Ko ni Gegirl, adik ko dah nak kuor pun ko nakkan doll Baby Alive nih!

Categories : Abang, Birthday

Suamiku kaki porno!!!

 

Hi Kak Red. Saya pnh menulis kpd Kak Red melalui ruangan ini. Entri suamiku pemalas. Alhamdulillah, skang suami saya sdh pun bertukar keje dan alhamdulillah, pendapatan nya lebih baik..

Alhamdulillah sekali lg, saya sudah selamat melahirkan baby girl awal bulan ni.. Baby dan saya sihat..

Cuma skang yg mengacau fikiran saya ialah suamiku suka sgtttt tgk porn.. Mmg saya dh tahu tebiat ni sejak dr bujang lg.. Igt kan pas dah kawen, tebiat tu akan hilang.. Ni tak, makin menjadi2 plak.. Dlm fon n laptop mmg ada byk gambar2 tu.. Bila tgk recent doc dlm laptop, almost everyday dibelek gambar2 tu.. Fon pulak mmg ke hulu ke hilir di bawa.. Masuk jamban pun bwk juga.. Selain dr itu, dia suka belikan saya panties yg fancy2. Saya tak brp suka tp layankan aje sbb maybe bole kurangkan addiction dia.. Tp tgk sama je. Latest saya jumpa sponge-like-vagina. WTH? Saya tanya amende ni? Alat utk masturbate katanya. Hoih! Kemaruk benor? Saya jd takut, geli n jijik lah Kak Red. Hopefully Kak Red bole share this with ur reader to see if this is normal or not. Maybe saya je yg over tp seriously, saya sgt turn-off by all this porn-addiction thingy. And maybe ada readers Kak Red yg ada pengalaman dlm mengatasi masalah ini..

Thx Kak Red :|

Sender:

- Suri (Bukan nama sebenar)

Categories : Bersama Mak Merah
 

Switch to our mobile site