CepatKurus PB NorshidahKamarudin
 

Shopping Jer!!

IMG_2496

macam baby betul je patung tu heh! dahlah beratttttttttttttttttttttt!

IMG_2494

dummy doll kat TLC

IMG_2507

but this is a real baby boy, anak tokey TLC…bzzzzz sumer orang so Sirman kena tengokkan jap anak tokey yang dok hok hek pulak…

IMG_2491

i datang sini kejap jer, tak singgah mana2 booth pun, jumpa Thelilcaliph.com to buy my shopping bags, 4 bijik kali ni wa sebat. after more than 2 yrs, shopping bags yang sebelum nih sudah watamat…sampai berlubang kubikin dan merata negara dan tempat kita bawak.

IMG_2516

then we went for jalan2…….pusing sana pusing sini, hari Ahad yang leisure with the kids. Abang dok pujuk pi Pets Wonderland, dah turun bawah baru dia cakp oh malas ler mak ko nak pusing.

IMG_2520

We shopped at the Socks world for all for of us nya socks. Oh aku kalau rombak kain baju diorg yang mana leh lanting, baling aku buang, dah naik kecut2 jer budak2 nih punya socks. Boleh kat KLCC tuh dah ilang tutup ke mana ler Socks World nya, ngan kat Isetan tuh socks yang ada pun below 10 yrs old sahaja.

Then i bought something for me.

for me

heheheheh for me.

wah repeat banyak kali cakap tuh.

IMG_2525

hahahahahahampehs ko Sirman, bukan tak leh snap banyak kali gambar nih!

kak ko buat apa pejam2 mata tuh?

ngah mandrem…hei nasi lemak ko jangan buat aku sakit perut

so mata kena pejam!

ngenggggggg lar!!

Categories : Midvalley, Shopping

Advertise here!
With more than 170K unique visits per month!!!

SALT in Gold Class…

IMG00276

kan aku ada dapat Gold Class ticket wayang for GSC Midvalley from the LG Cookies dulu, nak2 mengejar sebelum Ramadhan, so kita nak lari pi tengok Salt lah kejap. aku memang minat kalo si Angeline Jolie tu berlakon. tickets pulak ada kol 9 malam, ngam2 sampai tapi tiket tinggal 1 jer. laki aku nak dicampak ke mana. kenalah jugak tengok kol 1130mlm. midnite show ko! lama bertaun tak tengok midnite, tadah je lah.

memandangkan ada 3jam lebih lagi, so kita pusing2 The Gardens and Midvalley. inilah pertama kali dalam sejarah aku dapat ronda The Gardens tu sepuas hati, biasanya lalu tengok kanan, kiri tak masuk. tapi this time around semua tingkat ktiorg masuk sampai laki aku nyampahss.

kedai2 yang dia rasa macam more to girlie, pakcik tu dok luar jer…

IMG00275

mau discounts kat Selberan, poi ler jumpa kawan aku yang hensem ini di The Gardens. Kadang2 ado kat branch KLCC jugak…hensem nih! dari aku belum kawin beli set barang kemas sampai aku dah beranak pinak 2. oh he was Habib Jewel’s staff dulu, tu pasalnya aku selalu pakai product Habib. eh tapi kawan aku ni dah nak kawinlah taun depan huhuhuuuuu!

IMG00280

sebabnya selama kat 2 jam kitorg dah puas jalan satu Gardens and Midvalley, we all bertafakur je makan kat Zouk, The Gardens. aku pi gatal order mee goreng mamak kat such this place, tak sedap giler. apa ke mee goreng taruk kuah kacang dalam resepi ko weiii! a big mistake, but hot choc dia sedap, so aku order sampai 2 kali.

IMG01474-20100731-2145

Spaghetti Zouk Sirman sedap…mamat ni tekak belacan pun ye, tekak omputih pun yer…. Sebabnya kitorg dok makan kat sini coz nak bertafakur lama memandangkan movie pun start lambat. nak lepak tempat lain kang kena beralih tempat jugak..so tu yang pilih kat sini tapi iskk bongek aku ni pi order mee goreng mamak!

IMG01478-20100731-2323

so back to the Salt movie, kita masuk the Gold Class, first time you aku masuk. kentanglah dalam tuh, best betul, padanlah namanya Gold Class. since aku nya ticket free, Sirman paid RM40 for his seat. emm 40hinggit kalau tiket 10inggit leh masuk 4 orang kat normal cinema hahahahaha. but standardlah kan, macam beza economy and business class. lagi ko bayar mahal lagi kaw2 service ko dapat. kita masuk rehat dalam nih, kalau tau dok rehat kat sini dari 9malam hikss…lounge area dia class.

IMG00288

walahweiiiiiiii! sofa dia koo canggihnyaaa. siap boleh terbaring2 tidur koo. sewa blanket is RM5. kena wajib sewa sebab memang sejuk kaw2 lam tuh. aku suspect 2 sebab ler sejuk nih coz

1. orangnya tak ramai dalam tuh, means kalau normal cinema tuh kedudukan kerusi rapat2 and manusia pun ramai so haba mamalia dah meletup2 lam panggung wayang.

2. sebab dia nak suh kita sewa blanket tuh so diorg naikkan temperature aircond. sejuk koo!

n if nak makan minum order jer kat waitress nanti depa deliverkan to you sambil ko makan tu lah…ado meja sesiap lagik kat kerusi ko duduk tuh. wuii syoknya. ni kalau ko suh aku pi tengok Inception waktu dalam Gold Class kompem aku tertidur!

IMG01484-20100801-0115

sebabkan sedap sangat dok tengok SALT tuh, aku bukak ikat getah rambut, and bila dah kuor cinema, aiyah, dah kuor 300 tapak baru pasan earing aku tercabut sebelah must be left kat sofa empuk lam Gold Class tuh. kemalasan nak patah balik lantakkan ko ler di situ. Movie SALT memang best, rasa nak tengok jer lagiiiiiiiiii….kuat betul badan Angelina Jolie dalam nih, habis sumer lelaki dia bantai bedal mati kat tangan dia jer, melompat dari truck ke truck pun tak de patah riuk, can easily jump out from police car and final one melompat dari helicopter tu kayy….pun hidup dalam air kuor senapas jer hahahhahaha…

Yang pastinya aku belajar, menonton dalam Gold Class memang best gilak! nak lagi nak lagi nak lagi tengok….kalau pasnih 2 tix dah RM80 waaaa….dapat sepasang kasut, dapat sehelai baju dapat jugak emm….my lunch for 8 days hikss.

Categories : Midvalley, Movie, The Gardens

Malam bertiga, dating bertiga…

IMG00533-20100625-1821

after work yday, i rushed back home and fetch the kids, sib baiklah tak hujan. kalau tidak wuii..jem ke mana, wayang ke mana. promised the kids to watch the Karate Kid. i got help from my bro to buy the tickets for us, kat GSC Midvalley. dekat sikit aku nak balik. kalau amik pi patah balik ke KLCC, jem tun razak tu bukan leh caya nau. sampai2 diorg dah siap, terus callo pi MValley.

memang hajat nak tengok Toy Story 3 but thing is Karate Kid dah nak abih show nya. so aku kena cepat bawak depa before abih kat cinema. depa nak sangat tengok sejak kitorg belum fly lagik harituh, then since aku nya plan on Fri nite tak jadi, so apa lagik, gagaulah dapatkan tickets.

nak dptkan tickets pun berpass2 ko tickets tuh. abang aku anto kat umah mak aku, mak aku pass kat abah aku, abah aku pass kat fifin hahahaha. aternya dapat confirmation pun on malam kamis kan. so fri aku dah pi keje camne nak amik tiket tuh, sure tak dan….

IMG00538-20100625-1824

dok depan tu ada turn memasing, kalau waktu pergi Gegirl dok depan, waktu balik, Abang pulak dok depan. Sirman couldnt join us, pakcik tuh ada dinner meeting.not a prob lah aku nak bawak budak2 nih kulu kilir, dari diorg dalam perut pun aku dah ke sana sini ngan diorg. i m an independent wife/mother lor. i still remember paling jauh aku bawak diorg pi Beijing bertiga ajer, ngan Gegirl yang masih baby, abang yang masih hingusan sangat. just 3 of us ye flew there, coz masa tu Sirman seconded jap kat sana…tak termasuk ngan benda harian di rumah.

n tengok Karate Kid pun terus diorang teringat waktu depa kat Beijing. Gegirl macam ingat2 lupa, but Abang terus menjerit, eh mummy ni tempat loker loker tu lah mummy yang kita pergi dulu tuh.

ok loker loker nih adalah words yang digunakan oleh orang cina beijing yang kat mall lah. diorang kalau tengok tourists, diorang panggil gini…loker loker. maksudnya ‘look look’ depa suh masuk tengok tengok barang jualan depa. hahahaa sampai skang asal Beijing jer diorg sebut loker loker.

IMG00535-20100625-1823

bukan ajer kena bawak budak 2 orang tuh, si kenit baby alive tu pun aku kena angkutkan sama….tapi masuk wayang, car seat baby dia tinggalkan, just dia kendong jer. ha baby alive ni aku dah tekad nak belikan masa kat London, tapi mahalnyaaaaaaaaaaaaa!! after conversion jadik RM300, dahlah kotaknya besau, bukak kotak pun makan space gak. so forget it lah, tak nak aku beli.

told her yang baby nya besau nau, so nantilah tunggu ko dah besar ko dah takde mood nak main baby alive tuh kay…

IMG00539-20100625-1837

kita cuma amik 2 seats jer, biasa amik 3 or 4 seats tapi satu seat Gegirl mesti kosong dia tak pakai pun coz she will seat on my lap. tak pun kat peha Sirman. so amik 2 seats, abang dok sorang, Gegirl aku pangkukan. diorg nak makan macam2 coz waktu dinner so ngan popcorn hotdot jajan nuggets segala macam, total 34inggit! mendalah korang makan, sib baik sume makanan habis dalam wayang. sambil makan sambil nonton. tapi ada slot yang aku terlepas coz aku kena pi lari masuk toilet, sejuk nau sampai nak membeseh…

citer tu baguslah, terus jadi pengajaran kat anak2, terutamanya abang yang kalau balik barang2 suka main letak sesepah jer. towel pun lupa nak sidai, ha balik je dari nengok wayang dia terus simpan jacket merah dia memolek. oh shawl merah tu abang pegangkan coz maknya takut kesejukan dalam wayang…memang sejuk pun, tu yang aku lari pi ladies.

IMG00540-20100625-2132

abih wayang tak singgah mana, terus cabut balik. kita nak beat bapaknya dari sampai rumah dulu. suka giler diorang tengok citer tuh, aku pun suka… next aku nak pi tengok 2 movies back to back, but that s with Sirman lah sebab banyaklah pulak cite best2 and pelakon yang aku minat weii…

aku rasa Toy Story 3 budak2 nanti pi ngan bapaknya, without me, coz macam malam ni nya show gak, kitorg pi bertiga, so nanti bapaknya pulak bawak budak2 nih jer. leh aku rehat santai2 kat umah ke, bongkang ke….bongkang ke…dan membongkang heheheh…

have a good weekend yek korang, i m quite busy gak minggu nih for lots of personal matters, anw aku hold dulu entry Europe trip coz nak sambung tuh nanti2lah, take a break. yang benornya gambar tak tfer lagi to my draft, so man man lah yek, penat orrr, benak pala aku. tapi sket je lagik tuh nak abih, cite amsterdam pastu balik KL.

Catch up later :)

Categories : Abang, Gegirl, Midvalley, Movie

Batallion RM di Midvalley for Astro- berkurung di dalam rumah kaca :)

IMG_1774

hari ni jemaat, ramai cuti…ye ye! aku tau klcc punya parking sure banyak kosong punyaaaaaaaaaa…..sebabnya ramai kompeni yang tutup ari jemaat coz in leu of public holiday this saturday. aku tak cuti mar. sebelum korang terlupa, acik ingatkan esok Sabtu hari aku berkurung di dalam gelas kaca or is it glass yang lam cage/room hapa2 lah yang Astro nak dera aku and 3 bloggers lagik.

dari kol 10 pagi sampai late petang.

ada macam2 tasks kami kena buat, live tweet and live blogging dah wajib jugak. so adalah wajib korang tolong jenguk RM dan twitter aku = ni to those yang tak dapat datang support physically di Midvalley.

IMG_1773

pada yang dapat datang ke Midvalley sabtu nih, location yang macam dalam gambar2 ni lah, memang dah 5 hari booth Astro byond PVR ada kat Midvalley, kat North Court, sebelah ngan Jusco yer. naik escalator tu ha nampak la ko sebesor2 nya Astro nya kuasa di situ. masa aku datang nih, glass room tu depa tak set up kan lagik…tapi kita amik moodddddddd dulu.

IMG_1772

if i win, aku boleh bawak balik PVR tu solo, tinggalkan yang lagi 3 bloggers tu muahahahaha……PVR tu Personal Video Recorder, boleh play rewind forward pause waktu rakaman, in fact boleh record 2 cerita dalam satu masa. kelas ko! so aku pun tak tau apa task yang depa nak hampuk kat kitorg nih, kalo aku tak tau, korang pun sama2 lah suspens tak tau yek.

Not only coz of the prize, but aku kalau part2 lawan ke hapa ni, siaplah, semangat kuat giler worrrrrrr, sebab PRIDE.

IMG_1777

wuish abang menengok kartun, tak leh harap sungguh suh amik gambo buat dek jer. Nuffies yang tolong snapkan nih. makanya korang, kita jumpa yek kat Midvalley dari kol 10 pagi ke lewat petang…untuk jemputan kahwin dan juga jemputan2 segala jenis yang aku dapat, memang sorry morry tak dapat nak turn up coz NN ngan Astro dah booked aku kat sebulan for this special task.

cuma tak tau nak pakai baju hapa. ingat tak nak pakai baju sponsor, nak pakai baju sendiri pulak, baju sendiri pun pusing2 merah ler kan…yer, akhir kata, tolong datang support saya RM di Midvalley. Yang aku tau, Astro janji kalau register je and support salah sorang, so korang supporttttttttttttt RM, akan dapat door gift, apamendenya wa tak tau lah yek. itu janji Astro. AZA!!!!!!!

How do i communicate with you since aku dok dalam umah kaca tuh…

adalah caranya, selain twitter, blog aku nih, YM (yang dah lama x online hahahaha pword ingat lagi kot), BBM and apa saja komunikasi, gerak mata tangan pun korang kena tolong aku gak yek. Jumpa yek kat sinun :)

Red Family pun ada sama, family members aku yang lain pun ada datang turun padang…moh moh moh batallion RM!

Categories : Astro, Midvalley, Nuffnang

Dek kerna keterlupaan dan kealpaan…

pertama kali dalam sejarah aku lupa aku ada event semalam hahahahahha! sib baik sket lagi nak kena taji ngan Sirman. aku ni semangat nak pi buat project bawang yakni membeli groceries umah lah konon pas keje smlm. excited nih, cabut pun sharp terus melaju jerrr pi Jusco Maluri.

dah sampai2 sana Sirman x sampai lagi so aku jalan2 ronda tengok baju, hampeh la baju kat Jusco very the kedaung tol. rasa macam quality dah makin out. dulu ada gak yang very the vass nya kain baju depa jual. skang nih macam nangis tol aku nak nerai pun tak sampai hati.

Since lens mata aku ni buat hal lagi, so aku naik 1st floor to the optical shop, nak beli lens and mintak sket solution depa to godam2 balik lah lens aku. baru basuh tangan hp aku dering2.

Hallo Red, where are you?

Why or?

The event? 630pm?

OH MY GOD!!! i forgotttttttttttttttt!!!

You coming or not?

comingggggggggggggggggggggggggg!! give me an hour, i pecut!

Sirman masa tu baru je parked, ngah gagau carik mana bininya…terpaksalah aku ajak dia patah balik, send 1 car back home, send his stuff and headed to Midvalley!

IMG22377

we managed to reach there slightly half an hour late lah…gila kentang pecut Sirman to Midvalley betullah, my mistake was i didnt put it in my schedule and totally forgot bout it. udahlah aku muka pucat boliau, ngan baju tak semenggah, tau aku sarung baju dr sponsor dah sedang elok memang ada dalam kereta but tu lah kalau dah gagau hegeh2 terlupa sesajor. isk isk….

so after the event, we went down to Jusco di Midvalley. pusing2 amik barang yang main agak2 jer lah. coz bila dah bertaun sangat biasa shopping barang umah kat Jusco Maluri, then kena shop2 kat Jusco Midvalley, lain je rasanya mood tu halahai.

IMG22378

udahlah nak cepat, adalah pulak foreigner nih boleh beli2 barang, belakang dia ada 6 orang. satu barang dia tu takdak harga, gigih dia suh kawan ke anak dia pi cekkan harga barang tuh. makengkau yai…orang lain 6 orang kat belakang tuh. Laki aku tu dahlah ngah tiupan angin beliung, mana taknya ngan susup sasap dari tpt kerja dia pastu ke Jusco Maluri, patah ke VA, ke Midvalley and abih event beratur panjang nak membayo barang rumah. bley lah pulak ada drama gini. orang belakang dah mendengus2 berbunyik.

i skipped to the next lane, counter sebelah tu macam orang dah tak ramai….by the time barang kitorg naik machine counter, makcik tu masih lagi menunggu kawannya anto barang. haisay. kasi let go je lah satu barang tu madam. selfish sangat aaa..

IMG22380

moralnya kan…

1. adakalanya kita akan terlepas pandang satu 2 benda dalam kehidupan kita, nobody’s perfect mar, apatah lagi aku.

2. punyalah aku menceceh hari2 ngan Nuffies, takde sorang pun reminded me bout yday’s event padahal aku beria nampak diorg dok sorak citer pasal that event, betullah aku kedaung!

3. but bcoz early in the morning Sirman dah buat aku pokai RM25 kes dia terlupa nak letak season parking pass KLCC aku, sampai aku kena bayo kat public parking, makanya di petang hari yang aku terpaksa pusing2 ajak dia dari Jusco Maluri to Midvalley, so equal lor. ehehhehehe.

Sakit kaki arr…kat Jusco aku dah pakai sipar buruk, senang nak angkut barang but coz rushed to MValley, sarung balik high heel, aaaa pusing soping barang pun ngan kasut tinggi ketakketuk…makanya mak pancit sket lerrr. hishh, tragedi sungguh. sib baiklah on time, better late than never, kalo dak malu acik kat client woorr.. wa carik makan mar.

Kena check balik pasni satu2, apa lagi yang aku terlepas pandang….

Categories : JJ, Midvalley

Midvalley to The Garden for Avatar…

IMG_3370

tak bolehlah salahkan anak kalau anak tak nak makan makanan jepun

sebab bapaknya pun sampai naik2 seriau nak menelan

cubaan nak menyumbat sotong karuta ke dalam tekak abang and Sirman adalah gagal

hahahahahahha!

IMG_3367

very quick dinner wt my bro Nan and fiance Shida….sambut taun baru kat kl this year! berapa puluh kali pun depa mai turun kl, never give up to try to meet us, but aku jugak yang tak sampai2 ke kelantan nun. tunggu kowang kawin je lah weiiiiiiiiii!

Sirman ni amik gambo, bukan dia nak sumbat muka shida sekali….!

sempat jugak aku memborong eyelashes kat Sasa, hok yang sponsored by RedGlow masih ada, but aku nak tukar design lain gak.

IMG_3373

rushed to The Gardens to watch our Avatar, 2nd time for parents, first time for kids. my 2nd time watching kat Premier Class of The Garden gak, but first time for them. sedap memanglah sedap, tp taulah seat gitu is twin sharing, so aku dok ngan abang at first, gegirl share ngan bapaknya dekat depan aku n abang.

we just bought 1 ticket at RM15, lagi 2 tickets dapat percuma dari lucky draw yang Sirman menang during the Mister Potato. so just 3 seats r more than enaf.

but bila bawak anak2, mulut makcik kecik ni bertanya alahai….tak geti2 nak whisper. dok potpet ke main kuat.

sian plak orang yang sblh Sirman/gegirl tu….

so switched, abang pi berpangku ngan bapaknya, at least mulut dia sopan sket.

n gegirl meligat sblh aku….budak kecik ni memang patut diplaster je tau mulutnya. riuhnyaaaaaaaa!

IMG_3375

ada few more days to jalan2 before the school holidays end. i m gonna meet all of you, insyallah during the Nuffnang Friso Gold Family Day Out, there ll be a session between you and RM too nanti kat sana, n i guess that s the final jalan2 for the kids.

lepas tu semua psp ps2 astro cartoon kena sorok…sebulan lebih dah cuti kan. seminggu gak kami berjalan kulu kilir, sampai aku cakap kat budak2 ni

boleh tak kita dok umah je..mummy penat lah asik jalan2 jer

tak boleh mummy, kita kena jalan2 nanti mummy banyak work, tak boleh nak horey2…

mak ko banyak keje pun, mak ko geti gak spend masa ngan korang yang oiiii. Nuffnang Friso Gold wpun jalan2, it s part of my blogjob gak…i hv tons of work to do, even today is the last day of 2009 but my schedule for 2010 juga sedang sangat menyinar.

wah gitu…

wa mau kilija kuat lor…umah CV tu nak ku touch up memolek mar…

Categories : Midvalley, Movie, RedMummy, The Gardens

Alvin Abang Gegirl…

IMG19791

ko napa Sirman, mata ke main stim ke ngantuk…

ok korang sejak jemaat till seminggu ni memang cite hal anak beranak je lah yer…cite shopping ke merendek bersama teman2 tidak mungkin kuor buat masa ni coz aku n Sirman spend time ngan bebudak2. duit mengalir cam air koooooooo……

IMG19805

poi mvalley nak nonton Alvin and The Chipmunks 2, tetengah center court ada pulak show xmas, wah terus semua orang kena berenti coz gegirl nak tengok sampai abih show tu. ya budak ni…..minat tol dia tang2 joget seni gini. abangnya dok ajak callo pun dia dok suh tunggu sampai sudah Sirman and abang blah tinggalkan the girls…

IMG19806

they went to the music shop to find something for gegirl’s violin.

aku tengok kedai ni macam mahal lah pulak, orang kata kalau size violin hok kecik 200 lebih. lebih baper aku assume tak sampai 250 lah kan, sekali kat sini paling murah 299. huiiiiii ko. mahal kedai ni.

IMG19811

we are looking for a shoulder rest for violin’s set. memang ada khas utk violin, kan lagi lah budak2 ni nak main pakai ni sakit dagu pipi and shoulder, so suggested to buy 1 by her teacher.

btw, the violin set yang gegirl dapat tu, kita tak beli, my fren bagi pinjam to us.

ko red next time boleh tak cakap kat aku, bape kali aku dah ckp anak aku main violin. nasib baik aku baca blog ko…

oh yek….too many things in my head, lupa aa anak dia ada violin set. hikss

IMG19818

Alvin and the Chipmunks 2 memang funny. it s not a real cartoon, ni jenis movie yang manusia hidup tapi menjadi normal dalam waktu itu dengan chipmunks yang sangat dikenali. ok lah best tengok, penuh wayang ngan budak2 and mak bapak.

abang dok pujuk nak tengok Avatar plak…lagi pulak dia tengok dvd Avatar kat QB, lagilah dia ajak tengok.

so ke Avatar lah pulok kita yer….

bila ke aku nak pi carik tiket Avatar ni, to save the cost, mbe aku akan utilise the Premier tickets yang Sirman dapat waktu menang lucky draw di Mister Potato. just top up satu ticket jer lagi…

IMG19813

teringin mengenang kisah lalu, bukan dia x de gitar cabuk or gitar tong kat umah, but yelah….ni gitar baru kedai kan. haruslah nak mengasah bakat sket.

eh lawa2 ko kedai ni nya gitar, harga pun riban2 jer…

jenis gitar rock kapak kaler merah toing toing pun ado.

kedai instrument muzik ni bukan kat sblh megakids yer, but the one yang sblh mcd/burger king, on top floor nya. just in case ada peminat muzik kat RM.

IMG19810

sekali makan campur harga tickets for 3 total up jadi 80 inggit. itupun kami amik seats 3 jer coz gegirl dia tak betah dok sorang2, kalo kat tgv dia mesti carik pangku mak pak nya. kalo kat gsc plak dia suka duduk kat palang between the chairs but most of the time dia nak dok atas pangku gak. so it s a waste to buy 4 tickets, 3 je udah. makan sekali satu family, campo lagi makan utk lam cinema…tak ke dah 80inggit.

hahahahahaha

cuti sekolah memang banyak makan duit woiii!

itu baru satu hari nya project berjalan malam ngan depa…tak tengok lagi plan kami minggu ni memang all out penuh for the kids. aa lom kira set2 nak masuk sekolah lagi.

perkhh…..padanlah aku dulu takde kain baju sekolah baru bila naik sekolah, mahal rupanya nak menyekolahkan anak2, ko anak 2 ko pikir anak yang 5,6 orang…cam aku lak dulu 8 beradik.

Categories : Abang, Gegirl, Midvalley, Movie, Sirman, Violin
 

Switch to our mobile site