CepatKurus PB NorshidahKamarudin
 

Hallop hallop!

IMG_7635

Hello

Madam merah adalah tidak berapa sihat lately nih and saya sebagai #retis di RM, juga ingin memaklumkan bahawa she s taking a short break from the blog, just for a while. Lagipun atas permintaan ramai fans ai, so let s madam merah rehat2, and sekali lagi saya yang mulus jelita bernama Reddy ni, menyibuk kuorkan muka :) .

Ingat ai lagi, ai m Reddy, the first cat for Red Family.

Sebagai salasiah untuk mengingatkan u all:

saya adalah isteri, suami saya dah diambil orang

saya adalah ibu, 2 anak saya dah diambil orang

salah sorang anak saya telah beranak, dari hasil jantan yang patutnya menjadi bf saya

kemudian saya menjadi nenek

Makanya saya adalah kucing comel yang ada bf, ada anak dan juga ada cucu.

Ko hado?

signing off: Miss Reddy

Categories : Cat, Reddy

Advertise here!
With more than 170K unique visits per month!!!

A story about Reddy….

IMG01226-20111008-1931

bukan dia tidur, tapi tengah sakit tak sihat walafiat  nih. but masa entry ni kuor dia dah kebah, dah boleh makan minum. 3 hari ok dia tak nak makan minum, dok pakai syringe  tenyeh air kat mulut dia pun payah sangat. Hari pertama malamnya aku tengok dia semacam tak active pun. Esok siangnya memang kompem tak sihat, tak tau ler sakit apa tapi dia dok berselubung jer ler. pastu manja je ngan makyong.

So hari Sabtu tu apa lagik bawaklah pi vet…..

IMG01227-20111008-1934

Reddy kena infection, sekali 3 cucuk dia kena coz nak amik darah nak cek dek vet. Pastu 3 hari kita 4 beranak bersilat nak bagi dia ubat. bukan senang. Sirman pegang muka mulutnya, Abang pegang tangan and kaki, aku tolong masukkan ubat tu dalam rongga mulutnya and Gegirl tukang sorak!

Masa dia tak sihat nih, Mozel tak berkawan sangat ler aterrr Reddy tu bolayan jer dia borak.

Now macam dah sihat cuma mata dia macam sembab, allergic ubat kot. But sekomannya dia dah leh makan so syukurlah jugak, if tak getting better gak nanti weekend kena bawak lagi pergi vet.

Amik darah dia jer dah RM75 + check up segala ubat total is RM140. standard le ni harganya, pasir and iams dia pun in my allocation gak.

Categories : Cat, Reddy

We are the cat lovers!

IMG_6696

Latest photo of Reddy, tidur ngangkang tak malu tol, coz kat atas tu sedap jer aircond ke main melaju kena kat dia dulu….she memang pantang kalo kita pasang aircond, memang dia lah yang mentidur dulu….

Anw, maid baru aku cakap ‘Reddy ini sungguh tua sekali yek Abang….’

cit!

berbulu je abang dengau.

As i mentioned in twitter, i pernah dulu sekaliiiiiiiiiiiiii jer hantar my cats boarding. masa tu belum kahwin, nak kena pi outstation, so terpaksa jugak hantar, sent to the Brickfields petshop. Amik2, jadi trauma kucing2 2 ekor aku tuh. Macam bengis semacam jer…so since then, aku tak pernah dah hantar mana2 boarding.

If we were to travel, ada je family members aku tidur baring kat rumah aku tuh, jagakan kucing2 aku. Itupun i was thinking to let go Kel (the youngest in the Reddy’s family), the one yang aku bidankan. Ingat nak bela Reddy and Mozel je lah cukup, biar Paris and Kel dianakangkatkan oleh orang lain, tapi payah betul nak dapat approval Abang.

Ada yang nak adopt Paris and Kel? Please contact me for details.

Anw, this entry is up mengenang kucing2 yang diabaikan dan dizalimi by the owners of Petknode. Kesian, mana yang mati, mana yang trauma, berpenyakit, kelaparan haus tak diberi makan minum…

Damn you Petknode!!

I m joining Kucing Terbiar & Anjing Jalanan’s FB, plus some from frens twitter updates too. Aku bukan activist masyarakat, tapi aku anak beranak memang pencinta kucing. Abang tu kalau boleh semua binatang ikan ayam ular biawak dia nak bela kat umah tuh…

Aku paling kecil hati kalau ko tak suka kucing, tapi ko hina2 kucing. tu aku memang berdesinglah jugak telinga, boleh putus sahabat ok! dah memang putus pun, ngan sorang malaun nih, dia punya benci kucing macamlah kucing tu ada pijak2 pala ko, kenal pun tidak. iskk….

Sayangilah kucing, tak kisahlah yang kita bela ataupun jalanan…..insyallah murah rezeki. Kalaupun tak suka, tak sayang kucing, janganlah mengata apatah lagi menganiaya kucing tu, dibalikkan tulahnya kat ko nanti!

Categories : Cat, Reddy

Tidur melingkau!

IMG02871-20100925-0103

Reddy membongkang kat celah meja pc, dah tau ko besau..situ plak ko nak melanding

IMG02862-20100924-2221

abang pun sama tidur ngan buku sekolah atas katil aku melingkar2 badan..

Abang was doing his revision, dia tu mmg dari dulu kalau belajar nak mengadap depan muka mak bapaknya. belajar kejap je kat bilik dah lari ke luar, lari ke bilik. so kitorg dok leka kat luar dia dok ok belajar je atas katil aku tuh…tapi lam bape lama Sirman checked tengok dedua dah bersidai lena…

baik Reddy mahupun abang.

Senangnya nak bagi abang tidur awal kalau hujung minggu tu, suh dia belajar malam, hah kompem cepat je mata terlelap. Ni nak periksa nih awal Oct tu yang kena buat revision sket. aku rasa macam baru je exam tapi dah datang exam lagi…

ni cakap pasal tidur, aku masih lagi bermasalah ngan lengan kiri aku actually. ada lah cite lam RM gak pasal urat aku yang dah silap on the left side, sampai naik bisa demam dibuatnya. tapi bila makcik urut aku urut dulu, baru lah kurang. berkurangan sahaja tapi masih tidak 100% pulihnya.

tak tau dah nak buat camne. aku dak tukar tidur ke kanan but masih lagi kefungsian tangan kiri agak membataskan. kalau tutup lampu suis ngan tangan kiri tu mmg terasa jugak, kalau gegirl or abang tidur baring nak beralaskan tangan kiri aku pung, sakit gak terasanya…aku bercuti dari berurut with makcik for 4 sabtus sebab ada hal .nanti bila sambung memang sedaplah berpinar2 badan dibuatnya…lamo dah tak ngurut nih.

Those yang tak tau…aku engage makcik urut ni harituh utk 3 pagi berturut. pastuh aku sambung amik package 10Sabtu berturut2…ha gitu. kasi badan mantap yah…..dahlah makan supplement malas, makan vitamin pun malas, hah ko, berurut lah kasi kuat sket badan nih. buang2 angin, buang2 lemak…sedappp!

Categories : Abang, Massage, Reddy

Sedihnya Mozel disepuk Reddy…

IMG_0245

IMG_0257

IMG_0262

aku sian kat Mozel. sejak Slash berpergian, dia dok terpaku sorang, main pun ngan bola pingpong jer, or main ngan aku and anak2 lah. dia teringin nak berkawan ngan anak-anak Reddy…lagipun Mozel ni pun masih kanak2 riang ria jugak. Tapi si Reddy tu garang nau, tak bagi Mozel dekat langsung dengan anak-anak2nya. kalau anak2 Reddy dok lam cage, menung lah si Mozel ngadap budak2 kecik tuh.

Kalau diorg kuor cage, so galaklah dia ajak budak2 tu main kejar bola pingpong, Reddy pulak takkan lepas mata dia dari pandangan anak-anaknya. masa main2 tu adalah terlanggar sket, teraba sket, terpegang badan anak2 dia sikit, wuiii dia punya mendesir marah. Dah berapa kali Mozel kena lepuk ngan Reddy.

so lama-lama dia pun jadi jauh hati, tiap kali budak2 tu main bertiga, manjang je maknya si Reddy ada, dari jauh dia tengok jelah budak2 tuh. nak main sama tak boleh, mak korang garang nau. tapi dalam garang punya garang pun Mozel try try jugak kot2 boleh dia main kejar2, pun kena papppppp!

mencicit2 si Mozel lari satu rumah. so dia sampai naik phobia.

IMG_0240

dah berapa hari aku tengok dia dok menyorok bawah meja makan coz sedih  ke takut ke nak tunjuk muka, dia dah jadi ngeri ngan Reddy tuh. Kot ye pun ko Reddy janganlah garang bonar, dulu sebelum beranak ok je ko terima Mozel tuh, ni dah habis pantang bukan main lagi ko seligi si Mozel tuh. He s not that bad lar, terimalah Mozel tu macam anak angkat ko ke, adik angkat ko ker…udahlah dia sebatang kara.

Eh sedihlah aku tengok Reddy buat Mozel, dia memang lah mak yang possessive, yelah aku pun Mak, paham sangat but takde sekali pun Mozel nak aniaya anak2 Reddy, sungguh! sumpah! memang dia nak buat kawan jer….adiknya Slash dah takde so ngan anak-anak Reddy lah dia menumpang kasih.

Paling kuat dia berjalan bila Reddy duk dalam cage ngan anak-anaknya, terendap2 dia ngintai…makan tak kenyang budak nih dibuat dek Reddy. aku pernah gak nampak Reddy melepuk Mozel, mencicit budak tu lari menyorok kat dapur. Ko ni Reddy….kasi can le anak2 ko tu main ngan Mozel.

So time aku ada kat rumah memang aku belai2 diorang nih, gamaknya masa aku takde tu Reddy dah sound2 lah dia, amboi ko berlagak yek bila Mummy ada kat rumah, siap ko nanti kalo ko dekat lagi ngan anak-anak aku! Tapi anak2 Reddy pun suka main ngan Mozel, ater maknya asik nak mengawal anak jer gamaknya kot….

Categories : Amsterdam - Cat, Cat, London - Cat, Mozel, Paris - Cat, Reddy

Habitat dan jiwangnya si Mak sekor nih…

IMG00609-20100630-2307

Versi A

IMG00611-20100630-2336

Versi B

Versi A dan B adalah 2 watak yang sama tapi berbeza insiden. Versi A, Reddy bersama sekor anaknya. Versi B pulak Reddy bersama 2 ekor anaknya. beza kedua gambar dalam 10min sahaja.

anak2 ko dah sihat sejahtera dok dalam cage, si Reddy ni macam so kiasu jer hati tak tenang je ko. keje nak mengalihkan anak2 nya jer. ok those yang tak tau, habitat mak kucing memang begitu yer. walaupun takde kucing jantan dalam sekitar rumahnya tapi dia tetap rasa was-was. eh ada kucing jantan kat rumah aku si Mozel yang budak2 kenit lagi tuh. dia mana geti apa2, budak bawah umur lagi si Mozel tuh.

but tu lah, dah sedap2, digonggongnya anak2nya anto ke celah tv tu ha….tapi dia lupa kira apakah, anak 3 ko pi angkut 2 ekor jer. aku malas nak ngaco, biarkan depa nyonyot minum susu dulu, dah kat sejam baru aku angkat anak2 dia anto balik ke cage. itupun kelam kabut pandang kiri kanan siap escort aku tuh, allo Reddy lek lah, takde sapa nya nak curik anak2 ko…

IMG00636-20100701-2144

depa dah bukak mata, tapi satu hal je lah, berebuttttttttttt je nak minum susu maknya. ganas2 pulak tuh memasing bila time menetek…siang2 pun dia ngalihkan gak anak2nya, kadang2 Fifin sampai marah2 si Reddy, ko nak amik alihkan anak2 ko make surelah sekali 3 ekor, ni 2 ekor je, tak pun sekor, kesian yang lain tu ko tertinggalkan. there s one time sume orang dah kuor, Sirman je sorang2 kat rumah, dia dok tengok cage anak2 Reddy takdak, kuasa heh Sirman nak carik. sah ada lah memana lam rumah dia sorokkan, Sirman dah lambat tak kuasa dia nak mencarik.

rupanya betul, bila Fifin balik ngan Gegirl tengok anak2nya ada nunnnnnnnnnn belakang meja tv gak…

Reddy oh reddy…oh last photo, 2 ekor sibuk menetek, sekor lagi membongkang…

Categories : Cat, Reddy

Reddy beranak tiga!

aku dah balik, tapi aku nak letak citer Reddy dulu. been holding her story for almost 2 weeks already!. Reddy dah beranak, beranak 3 jer. tetiga anaknya sekor tu hitam melekat, sekor lagi hitam tp ada tapak putih, sekor lagi hitam kelabu pun ada tapak putih. hitam melekat adalah si sulong…

sejarahnya dia beranak, sehari selepas aku sampai di Amsterdam, waktu tu aku ngah jalan2 pusing shopping tengok2 tempat when i got sms from my sister saying, Reddy is ready to deliver her first child. wahh! i got live update from my sister and family, anak2 aku, and even Fifin pun sama tolong join the club membidan Reddy.

IMG_3414

She gave birth her 1st child selepas Maghrib, setiap sejam kemudian keluar lagi 2 ekor. at 10ish pm, depa cakap tak mungkin ada lagi baby, tapi kesian, ni pengalaman pertama dia, sib baiklah BIL aku memang handal gak bab2 kucing. bayangkan anak2 dok tolong sorak, Reddy, push lagi, harder reddy, harderrr!

hahahahha!

aku menangis nitik air mata bila dengo kisah Reddy beranak, i was so looking forward to assist her delivery, sampai hari terakhir aku kat VA pun aku dok usap2 perut dia, napa le ko tak nak beranak masa mummy ko ada.  but nasib dia baik, aku ada family and anak2 serta helper yang sangat jugak sayangkan kucingg.

Bila aku sampai je rumah pas peluk anak2, aku terpa carik Reddy. omg, she looks so old hahahahah, tetek dah ke main labuh. anak2nya dok menetek. for 1 week, dia tak pandai nak susukan anak dia, so family aku sume tolong dia camne nak netekkan anak2nya…skang dia dah pandai, tapi dah banyak kali dia cuba alihkan anak2 dia. biasalah mak kucing, tpt tu dah selamat lam cage pun dia nak gak alihkan. Selang sejam Reddy kuor cage coz nak bagi dia amik angin, bosanlah dia dok menetek anak2nya jer…

The first time Reddy saw me, after returning from our europe trip, dia punya menyondol2 kat aku. alahai, nak wat gano, i had to fly tinggalkan dia coz dok lama sangat tunggu tak gak beranak2. Right now, babies dia baru bukak mata sket jer…sangat melepek.

When i was in Europe, my kids have decided and agreed to name the 3 little kitties:

1. Amsterdam

2. Paris

3. London

nama2 ni diberi sempena dengan pemergian aku and Sirman ke 3 tempat tuh…aku ok jer lah…senang nak ingat pun yer hahahhaa! There u go Reddy, Amsterdam Paris London, Mozel and Slash! Oh my trip was actually Kul – Amsterdam, then to Paris, then to London, flew back to Amsterdam and kemudian pulang ke KL.

bapa banyak daarrr mau updateeee.

Categories : Amsterdam - Cat, Cat, London - Cat, Paris - Cat, Reddy
 

Switch to our mobile site