CepatKurus PB NorshidahKamarudin
 

8 months!

i m officially 8 months this week!

Slowly, resting at home, ada kala pergi kerja…

anw, takde gambar pulak untuk cerita hari nih coz i pun pergi solo jer sorang2 check up bebaru nih. Kisah orang cuba nak cut the q. I sampai jer memang my turn nak kena panggil, bila gynae aku bukak je pintu dia, dia terus panggil aku, and tetiba masuk couple malay and lakinya omputih nih menderu dalam bilik Gynae.

tercengang aku masa tuh….

diorg duduk lagi closer dengan pintu bilik gynae, takkanlah depa tak dengo yg tu bukan nama depa.

oh tidak…wpun depa dah masuk, aku terus masuk jugak and bukak pintu tu.

The moment depa nampak ai bukak pintu, terus couple tu cakap ‘oh sorry,we thought doctor calls our name’

Macam depa terkejut je tengok aku bukak pintu,  tak cakap apa terus sorry sorry. amboi! ni nampak sangatlah nak main redah cut the Q ok. Gynae aku pun tercengang dia cakap ‘i pun terkejut tengok depa tetiba je masuk!’

Bukan salah dengar tu, dia memang gamble je masuk and cut the que sesangat. Minah tu lom pregnant pun lagi, dia ngah nak buat process IVF kot. sampai hati kan, orang yang ngah sarat nih ko sanggup nak cut q.

well….anw, my baby dah 2.4kg, tapi songsang le pulak. Insyallah trying le skang aku pujuk2 dia untuk berpusing semula, sebenarnya i prefer sangat to go for normal delivery instead of czer. Aku dah merasa dedua, wpun normal tu sakit, tapi kemudiannya cepat nak susut badan and cepat sket sihatnya, instead of having czer,memang lambat sketlah. nak berbengkung pun gak bisa sangat.

Talking bout baby stuff, hem…2,3 hari ni aku pulun beli coz i have less than a month to prepare everything, thanks for those recommending the good sites kat FanPage and also kat Twitter.

Chop: apa toiletries or set mandian lotion baby yang best? dedulu aku tabur je pakai semua brand, macam skang ada Angel Baby kan, i pun pakai tuh gak untuk sapu for my badan. but for baby, what s the best? aku tak beli lagik ko hahahahah…ada ler stock JnJ, depa bagi masa adiah baby shower, tapi mana cukup, tu kecik ciput je sizenya. How what pls help?

Categories : 3rd Trimester, Pregnancy

Advertise here!
With more than 170K unique visits per month!!!

The MasterChef Malaysia!

48hours Sponsored Post

Semua sekarang tengah kaw kaw demam memasak kan? Aku lain… Special case… aku tengah demam makan. Kenapa aku cakap semua tengah menggila hobi masuk dapur? Sebab sekarang kan ke tengah musim MasterChef Malaysia. Rabu start je sampai la Sabtu tepat je 9pm… mula la ramai pengulas tak bertauliah pun bunyi sama kat twitter nun… meriah ok timeline aku… dah la meliur je tengok masakan derang ni semua…

And of course, selain masakan… tukang masak tu pun mainkan peranan kan? Macam Nik yang tengok dia je dah ramai yang kenyang.. oppsss.. But I like Felix.

 

Nak tau kenapa? Sebab dia kan ke Gym Instructor wei.. agak auuummm oooo gym instructor memasak ni.. isk isk…sok sok akak dah beranak, ko jadi personal instructor akak boleh Felix?

Tapi memang tak dinafikan semua berbakat. Aku kalau masuk harus berkecah la wei.. ni semua background bukanlah tukang masak professional pun kan.. but sempoi je masing2.. yelah.. saringan dah berapa kali saringan… punya dari beribu banyak tu je hah yang tinggal kan?  Dalam banyak-banyak yang derang dah masak korang suka yang mana? Aku paling terliur and rasa macam kena dengan tekak aku yang si Azilah masak tu.. Nama dia Bot Kerapu Dua Warna. Rasa macam pedas semua cukup tu…. Meratah sedap.. makan dengan nasi panas2 pun sedap tu…

Tapi satu la, yang aku tengok MasterChef ni terlalu ikut sangat macam MasterChef yang lain. I mean, selagi kita mengikut guideline and copyright yang ditetapkan, tak salah kan kalau kita buat Malaysian’s style sikit. Bukan lah menu ke apa, I mean, cara judge, pemakaian… Tapi mana la tau.. Astro ni kan ke full of surprises. Tetiba kan ada episode semua kena kukur kelapa old style tu.. ha jenuh la korang. Who knows kan?

image

Selain Felix… aku suka tengok juries gak, specially Chef Riz.  Walaupun telah tersebar kehangatan di dunia nyata akan kesilapan Chef Riz dalam CVnya, takpelah, Astro pun dah memaafkan ye dok. So let it be. Anak muda macam Chef Riz ni harus lagi disokong dan didokong pencapaian dia, tidak berdiri atas nama belakang bapaknya. an. Hiks…

 Lagipun he apologized to the public jugakkan, and bapaknya si nama besar Chef Wan pun dah membagi anaknya sendiri gak ahaks….come on lah korang, aku rasa benda tu boleh kita drop off jer. Lainlah dia cakap besar lagi bolehlah kita marah2 but now dia pun dah mintak maaf and Astro pun dah tutup kes nih.

image

Excited dengan episodes yang ada Peti Saji, boleh tengok dalam Episode 5, ha merata segala jenis beras kena masak. Ada tuh, cara potong bawang buat dadu, wah aku pun belajar sama coz biasa aku hiris besau2 tu jer, mana penah buat dadu. Cara potong ayam Chef Johari pun lain kan, ada boxing chicken lagik. Episode 7 kot yang semua terperanjat dapat itik. Hamikkk korang… kalau aku.. aku dah lama singkirkan diri sendiri dah tu… nasib laaaa….

 image

Siapa yang kamu sokong?

Anw, dalam reramai, aku salut tinggi betul pada Saiful…seorang anak muda yang bekerja sebagai penoreh getah sahaja tapi mampu mengimpresskan the juries!

Eh cakap-cakap banyak ni kan..korang dah like belum MasterChef Malaysia punya FB page? Click sini yek.. sebabnya, you all boleh join contest kat situ and hadiah meletup2 juga disediakan gak… contest tu start next week… 19 Nov – 21 Dec!

Korang tau la Astro kan… hadiah tak pernah menghampakan… boleh jugak follow MasterChef Malaysia kat twitter… Click sini.. So, mau hadiah hebat, get it here here here!!

Khidmat pesanan masyarakat Astro is brought by Redmummy.com

 

Categories : Ads, Astro, Nuffnang

Kakak’s day….

 

IMG_7580

That s our daughter, little Gegirl. Now u must call her Kakak kay. aku rasa yang most excited nunggukan baby nih dia ler…sampaikan jap jap dia dok mendukung and membelek je sepupu dia yg baby tuh. This was last week, few days b4 the school break. Kakaknya dapat top 3 i class, terus tak jadi aku nak berentikan dia Sek Agama.

Bukan apa ko…ada sebab dalaman kita nak quitkan, tapi coz of her good performance, hemm, she s asking for extension. Ustazah pun mintak jangan tak datang2 tahun depan coz she belives in Gegirl yang quite cerdik gak dalam studies.

IMG_7584

Lagipun tak sangka she can score coz dia kan kena chicken pox, dengan 2 weeks++ tak datang, tapi masa c/pox tuh ada gak aku suh dia buat revision coz Ustazah dia sampai smsed aku mintak Gegirl jangan tak study coz the moment dia nak kena masuk kelas selepas cuti panjang from c/pox, memang first day exam.

Tu pasal aku tak letak big hope…

but nah, a day b4 the prize giving ceremony nih, Ustazah siap tepon lagi aku suh mintak dia and parents datang.

 

IMG_7586

Tahniah Kakak, belajar and jadi anak solehah comel ye sayang….

Habis jer dia amik adiah, menderu kita laki bini pi kerja terus. Patut event nih sampai kol 12 tapi dah kol 9 lebih settled, malaslah nak tunggu makan bagai….depa cuti sekolah ni takdelah pack sangat tapi penuhlah jugak for abang specially, lagipun pas midst Dec, semua kena concentrate to the Queen for the delivery of RB.

Anw, tahniah kerna anda juga membaca ulasan bola #harimaumuda / #harimaumalaya ku ditwitter, kemenangan buat Malaysia, terhebat abad ini :) . Wpun dalam keadaan menyarat..naik adrenaline dek semangat bola!

Categories : Gegirl

ThePopLook for the Tapis Rouge!

Tapis Rouge (pronounced tah-pee rooj), which means Red Carpet in French, is situated at Red Carpet Avenue of Encorp Strand, the new lifestyle hub of Petaling Jaya.

Tapis Rouge is an innovative combination of a chic restaurant and cabaret lounge that is set as the anchor tenant of Red Carpet Avenue, a covered boulevard inspired by Paris’ Champs-Elysees. The restaurant has a contemporary interior decor that thematically plays with hues of deep rouge, evoking the sense of understated elegance.

The rear of Tapis Rouge houses the cabaret lounge, an intimate space equipped with an extendable stage ideal for entertainment of various types. The Ambassador of the cabaret lounge is the Kit Kat Klub Show, the song, dance and comedy revue founded by Tiara Jacquelina in the 90s, famous for introducing some of Malaysia’s most well-known celebrities such as Sofia Jane, Pat Ibrahim, Linda Jasmine, Nasha Aziz, Maria Farida and more.

The revival of the Kit Kat Klub Show features a new line-up of talents that guarantees to be a show-stopper. Conceptualized by celebrity choreographer, Pat Ibrahim, and dance choreography by Wadi Ridhzuwan, the show features an exciting dance showcase, with vocal and comedy performances weaved offering a complete entertainment experience.

Location: S48g-S52g Red Carpet Avenue, Encorp Strand, Kota Damansara PJU 5, 47810 Selangor, Malaysia

www.twitter.com/TapisRougeMY
www.facebook.com/TapisRougeMY (all of the above info credit to the FB)

IMG_7592

Thanks Tiara for inviting to Tapis Rouge

IMG_7612

 But of course, thanks to ThePopLook for the orange maternity dress!

Note 1: not really maternity dress, but i tabur jer, janji muat

Note 2: This will be the last photo till my delivery, boleh tak??

Categories : 3rd Trimester, Event, The Pop Look

Burt’s Bees for uuuuuuuuuuuuu…..!

Bandar Kuala Lumpur-20111117-00089

i wanna give away the emm the Manuka honey + Body Lotion tuh, either one or both mbe.  yang hok nails creme kecik tuh, i sebat, body lotion aku dah melambakkkkkkkk, so i think i should give them out to u!

apa ek cara nak bagi

hemm…

Kita main2 comments lah…tak yah buat kat entry blog korang, leave comments je dalam nih.

Saya bukan pencinta warna merah kerana…

hah completekan ayat tuh, tabur je le bape byk words ko nak letak pun.

Tarikh tutup, on this coming Monday morning at 10am :)

Categories : Contest

Tolong Bantu!

Assalamualaikum,

pertama sekali terima kasih pada Redmummy kerana sudi menyiarkan masaalah saya ni.

Saya mengalami sakit di bahagian tumit dan tapak kaki yang amat teruk. Adakalanya sampai terhecut2 bila berjalan.Selain dari itu saya mudah rasa penat dan sendi2 rasa macam ketat,badan rasa berat ,kerap rasa mengantuk,pergerakan tak secergas dulu.Kadangkala rasa badan saya ni tua sebelum waktu!Ada orang kata ia mungkin sebab berat badan saya yang berlebihan,tapi sebelum mengandung dan bersalin badan saya gemuk juga dan tapak kaki sakit2  tapi takdelah seteruk sekarang. Saya perasan masaalah ni makin menjadi2 lepas bersalin anak ketiga pada Ogos 2010.Dalam pantang ada urut dengan sorang Indon. Peliknya,hari pertama dia urut,kaki saya rasa lega sangat,sakit2 semua hilang.

Tapi masuk hari ketiga dia urut, kaki saya jadi bertambah sakit.Saya dah pergi jumpa doktor dan buat pemeriksaan badan menyeluruh,doktor cakap ada sesuatu yang kurang dalam darah saya,doktor tu pun susah nak terangkan sebab ianya melibatkan istilah perubatan yang saya pun tak faham sangat.Di bahagian bawah keputusan ujian darah ada di tulis begini “Impression: Latent mild iron deficiency should be excluded”.Harapan saya kalau ada di antara pembaca RM yang ada latar
belakang perubatan dapat membantu menjelaskan maksud sebenar ayat di atas.

Selepas tu,doktor ada bagi ubat nama Sangobion dan Dyna Ferros.Mula2 makan adalah berkurangan sikit,tapi lama2 ubat tu pun dah macam tak berapa berkesan.Ada juga cuba satu ,dua jenis ubat tradisional,pun kurang berkesan.Agaknya apa masaalah saya yang sebenarnya?Tolonglah saya!Masaalah ni benar2 menjejaskan kehidupan saya sekeluarga! Anak2(6 tahun,4tahun,1tahun) dan suami benar2 tertekan kerana banyak urusan rumahtangga yang tertangguh berbanding sebelum ini di mana saya mampu menyiapkan perkara2 asas dalam rumahtangga dengan mudah.

Harap siapa2 yang tahu doktor,klinik atau cara2 tradisional dan mungkin petua2 orang lama dalam mengatasi masaalah ini bolehlah memberi cadangan.Terima kasih bagi yang sudi membantu.

Kak Yah

Categories : Bersama Mak Merah

Recliner Chair!

 

Bandar Kuala Lumpur-20111114-00078

ni bukan recliner chair!

ni kerusi macam dalam business class kapal terobang tu jer. ahaks….this is from OSIM brand. aku ni keje dok tanya2 korang jer, tapi dah dapat pun jawapannya, so korang tak yah risau, tang nih dah settle. I m gonna get the recliner chair, kat mana aku nak balingkan kerusi tu kat umah, tu put a side, biarlah bersempit sket tapi janji puas and tak sakit badan. I tell you, this time punya pregnancy kan lain macam dia punya dugaan **dosa banyak kau gamaknya!**, so selagi boleh dikurang2kan sakit tuh, selagi tu lah aku usaha gak

wpun terpaksa kuor sket duit. dok ngapa ler, duit pun untuk kesihatan gakkan, lebihnya nyawa. so investing on this lah, sok2 nak breastfeed pun senang jugak.

IMG_7512

nah my renew recliner chair, in black. no red colour. RM750, uncle tu cakap harga asal kat seribu, cincai2 dia bagi RM800 pastu last final call is RM750. Malam tu jugak orang dia hantar and malam tu jugak aku tidur atas recliner chair tuh. Sedaplah jugak, takde nya machine massage2 bagai tuh, tapi yang pentingnya dapat aku membaring dalam keadaan 45darjah, coz pregnant kan tak leh full baring. rasa macam batu je menghempap kat badan ko with the heavy pregnancy ni hah.

carik kat kedai2 perabut ek korang, aku pun carik kat kedai area umah aku jer, kalo kat mall2 pun ada jugak, tapi harganya tak leh menawar2 gamaknya and lambat. cam aku, dahlah datang jam 9malam, kol 9.30mlm settled cuba and bayar, kat kol 10 malam tu gak diorg hantar ke rumah. Kelas ko apek!

Categories : Recliner Chair
 

Switch to our mobile site